Play Only The Best Hit Music!!!

Saturday, 10 May 2014

Untuk Arwah & Awak

salam n hye
lame dh x update blog kesayangan ni
hurmmm,aq baru je selesai praktikum 1...
Alhamdulillah,segalanya dipermudahkan... :)
genap dua minggu aq abis praktikum
satu kehilangan yang bsar harus aq terima
eyup,kematian nenek trsayang...
perasaan brcampur baur,tidak menentu...
aq seperti tidak dapat menerima akan hal tersebut
mana tidaknya,arwah pada hari kematiannya...
langsung tidak menunjukkan tanda2 akan meninggalkan kami untuk 
selama-lamanya
namun apakan daya,Allah lebih menyayanginya... ;(
aku masih ingat,tempoh selama 40 hari aku mula menjaga arwah...
bermula cuti sekolah selama seminggu
kemudian bersambung ketika aku menjalani praktikum di SK Rantau Petronas
di waktu malam aku akan tido di rumah cek @ nenek aku
dengan tujuan untuk memudahkan segala urusannya
pada siang hari pula,aku akn pulang secepat mungkin dari sekolah...
untuk memastikan segala keperluan arwah mencukupi
begitulah rutin harian aku untuk tempoh selama 40 hari
letih,penat,sakit hati & macam2 perasaan ada
tatkala menjaga arwah sepanjang tempoh tersebut
namun semuanya hilang saat melihat arwah tersenyum
minggu terakhir arwah bersama aku
arwah banyak meminta benda2 yang pelik
seperti biasa,aku akan cuba penuhi walaupun aku yang susah...
arwah lebih banyak mengadu sakit ketika waktu tengah hari dan malam
dan aku akan membantu apa yang terdaya
sehinggalah tiba hari arwah menghembuskan nafas yang terakhir
pada waktu tengah hari 
arwah meminta aku membawanya ke rumah tukang jahit
katanya ingin mengambil baju yang ditempah
aku turutkan sahaja tanpa membantah
dan arwah ada meminta aku membelikan telefon bimbit untuknya selepas waktu asar nanti
bila pulang ke rumah,selang sejam kemudian...
arwah mengikut keluarga aku ke dungun 
untuk tempah baju raya,tapi aku ikut serta...
kata adik aku,arwah makan banyak...
aku hanya mendengar sahaja sebelom dipanggil oleh arwah
arwah meminta aku menolongnya mengambil wuduk
namun,tidak sampai lima minit aku meninggalkannya
atuk aku menjerit memanggil aku
terkejutnya aku apabila melihat arwah sudah terlentang di atas lantai
atuk aku cuba mendapatkan parents aku dan ahli keluarga yang lain
manakala aku membetulkan kedudukan arwah supaya selesa
saat itu aku sudah merasakan arwah sudah tiada lagi
lantas aku keluar saat ahli keluarga yang lain mulai sampai
aku menelefon kesayangan aku
aku ingin berkongsi kerana sepanjang tempoh aku menjaga arwah
banyak perkara yang diadukan,dikongsikan bersama dye...
yang setia menjadi pendengar kepada diri aku
namun,tiada jawapan daripada dye...
aku faham,mungkin dye sedang mengikuti kuliah...
aku mengambil adik aku di kemasek dan segera pulang
saat aku melangkah kaki ke dalam rumah
aku disambut oleh ma kepada insan yang bertakhta di hati aku sekarang
saat kesedihan menyelubungi,ma dye lantas memberikan senyuman...
dan bertanyakan mengenai kematian arwah
namun aku tidak kuat untuk menjelaskan segalanya
ma dye mgkin faham perasaan aku pada masa itu
saat aku masuk ke bilik arwah
aku menatap sepuasnya muka arwah
saat surah yasin dibaca
aku sering berhenti kerana tidak dapat menahan sebak 
sampaikan mak dan mak sedare aku turut sebak melihat aku begitu
bukan ape,aku sangat merase kehilangan...
pada malamnya,baru aku berhubung dengan si dye...
aku luahkan segalanya,aku ceritakan semuanya...
dye terdiam seketika saat menerima perkhabaran
dye cuba menenangkan aku dan cuba untuk menerima kenyataan
setelah segala urusan selesai,aku masih bersedih...
aku sangat rindukan arwah
lantas dye menenangkan aku dan memberi kata2 semangat dan perangsang
si dye kemudian berjanji untuk menjadi pengganti kepada arwah
mungkin aku tidak memberi respons atau pun sekadar mengiakan
tapi jauh di dalam hati aku
aku sangat menginginkannya
untuk awak,once awak dh berjanji...
saya mohon dan merayu
tlg tepatinya,jgn mungkirinya...
tiada soal tidak percaya
tapi aku sudah merase sakitnya kehilangan 
saya 100% percayakan awak
please,jgn tinggalkan saya...
tu je yang saya mohon
tidak mampu lagi untuk teruskan
maaf,wallahualam...
wassalam

No comments:

Post a Comment